Perisian TechbaseMLM disepadukan dengan pelbagai ciri-ciri dan modul. Kami menggunakan lebih daripada 10 tahun penglaman di dalam rekaan, pembangunan dan analisis web untuk membina sistem MLM yang terbaik di dalam laman web.

Diuji Dengan Baik

Di dalam persekitaran MLM, pemacu kepada penyelesaian ini perlu terbukti boleh menjadi satu penyelesaian kerana ia melibatkan pengiraan jualan dan bonus yang renyah. Ia adalah gabungan dari penggunaan pelbagai sistem MLM yang menjadikan ia sebuah penyelesaian MLM yang telah terbukti bukan sahaja boleh dipercayai tetapi juga satu penyelesaian yang berkesan.

Mengurangkan Kos

Aplikasi berasaskan web boleh mengurangkan kos secara mendadak disebabkan oleh pengurangan sokongan dan penyelenggaraan, keperluan yang lebih rendah pada sistem akhir pengguna dan seni rekaan yang diringkaskan. Malah kita sering mendapati lebih banyak penjimatan boleh berlaku pada aplikasi berdasarkan laman web anda sebagai hasil memperkemaskan lagi operasi perniagaan anda.

Perlindungan Data Nyata

Biasanya, di dalam sistem yang lebih kompleks dan lebih besar data akan disimpan dan dipindahkan ke sistem dan sumber data yang berasingan. Di dalam sistem yang berasaskan-web sistem-sistem dan proses-proses ini boleh sering digabungkan untuk mengurangkan keperluan pemindahan data di sekitar sistem. Aplikasi berasaskan web juga menyediakan perlindungan keselamatan tambahan dengan menghapuskan keperluan bagi pengguna untuk mempunyai akses kepada data dan sebalik tabir pelayan.

Lebih Mudah Diuruskan

Perisian MLM hanya perlu dipasang pada pelayan seterusnya meletakkan keperluan minimum pada stesen kerja akhir pengguna. Ini menjadikan proses penjagaan dan mengemas kini sistem lebih mudah kerana kebiasaannya kesemua itu boleh dilakukan pada pelayan. Sebarang kemas kini pelanggan boleh dibuat melalui pelayan web dengan mudah, tanpa memerlukan pengguna untuk mengambil sebarang tindakan, seperti memuat turun/memasang kemas kini.

Keserasian Platform Silang

Aplikasi berasaskan web adalah jauh lebih serasi untuk seluruh platform berbanding daripada perisian yang dipasang pada desktop. Kebiasaannya, keperluan minimumnya hanyalah pelayar web di mana terdapat banyak pilihan untuknya. Sebagai contoh, Internet Explorer, Firefox, chrome dsb…). Pelayar-pelayar web ini boleh didapati dengan pelbagai sistem operasi dengan kata lain sama ada anda menggunakan Windows, Linux atau Mac OS anda masih boleh menggunakan aplikasi web tersebut.

Mudah Diaturkan

Anda hanya perlu menghantar kepada pengguna alamat laman web untuk melog masuk dan menyediakan mereka dengan akses internet. Ini memberikan implikasi yang besar dengan membolehkan anda untuk meluaskan akses kepada sistem anda, menyelaraskan proses dan memperbaiki hubungan dengan menyediakan lebih banyak akses kepada sistem anda untuk pelanggan, pembekal dan pihak ketiga yang anda miliki.

Akses Seluruh Dunia

Ambil peluang daripada persekitaran Web adalah akses yang universal dan ketersediaan seluruh dunia untuk aplikasi dan data berpusat. Satu-satunya perisian yang diperlukan untuk mengakses dan menggunakan aplikasi anda adalah pelayar web anda dan tanpa sempadan geografi.