Penyelesaian IT
SEO (PENGOPTIMUMAN ENJIN CARIAN)

SEO adalah aplikasi teknik yang menjadikan laman web dan isi kandungan laman web lebih mudah dicari menggunakan kata kunci tertentu yang dicari oleh pengguna enjin carian. Walaupun SEO bukan benar-benar saintifik (sememangnya terdapat elemen seni padanya), pakar-pakar SEO tetap berusaha untuk menggunakan ilmu logik untuk membedah siasat secara kejuruteraan berbalik pada "kotak hitam" iaitu algoritma enjin carian tersebut, untuk "mencerakinkan" (mengenal pasti, mengira dan melayakkan) daripada ratusan faktor-faktor yang memainkan peranan dalam kedudukan enjin carian. Dari faktor-faktor tersebut, pengamal SEO akan memperolehi kaedah untuk digunakan oleh jurutera laman web di mana enjin carian akan memihak kepada kandungan mereka dalam senarai kedudukan tersebut.

PENDAFTARAN NAMA DOMAIN

Pemilihan Nama Domain adalah sangat penting untuk perniagaan anda. Anda boleh memilih satu atau lebih nama domain untuk laman web anda. Kami mengesyorkan anda mempunyai sekurang-kurangnya tiga nama domain untuk laman web anda yang mana merangkumi kata kunci produk dan perkhidmatan anda untuk enjin carian internet. Ini akan meningkatkan peluang dan penglihatan anda di enjin carian. Kita boleh mengemukakan nama-nama domain tambahan anda untuk laman web utama anda tanpa sebarang bayaran tambahan.

Kami menawarkan anda pelbagai jenis nama domain untuk dipilih dalam usaha untuk meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan nama domain dikehendaki. Lebih banyak sambungan domain akan ditambah dari semasa ke semasa. Dengan setiap nama domain yang anda beli dari kami, kami memberikan anda kawalan penuh ke atasnya pada masa nyata melalui panel kawalan berasaskan web kami.

REKAAN RANGKAIAN

Kami menawarkan perkhidmatan rekaan rangkaian yang dapat menggambarkan pengalaman syarikat yang meluas dalam menyediakan penyelesaian yang inovatif. Kami menyedari bahawa pelbagai kemahiran yang lengkap diperlukan untuk menghasilkan penyelesaian yang terkemuka di pasaran, dan memahami sepenuhnya teknologi yang digunakan, serta ia menelan perbelanjaan yang mahal untuk mengekalkan sistem dalaman tersebut dan ia amat sukar untuk dicari.

Dengan konfigurasi rangkaian komputer yang betul, syarikat anda boleh beroperasi dengan lebih cekap, lebih produktif, dan lebih menguntungkan. Dari rangkaian segmen yang mudah dan tunggal hingga kepada WANs yang lebih kompleks, Penyelesaian Rangkaian Lanjutan (Solutions Network Advanced) boleh menyediakan infrastruktur yang anda perlukan untuk memastikan perniagaan anda menepati sasarannya.

REKAAN GRAFIK

Daripada kad perniagaan kepada risalah korporat, kami menawarkan rangkaian perkhidmatan reka bentuk grafik yang lengkap serta akan mengekalkan imej keperibadian perniagaan anda.

  • Sebuah syarikat reka bentuk grafik yang professional dan kreatif
  • Membina imej jenama syarikat anda
  • Reka bentuk grafik dengan jaminan kepuasan
  • Kami sentiasa memantau setiap langkah proses rekaan tersebut