Penyelesaian Web
REKAAN WEB

TechBase Solution Sdn. Bhd. menyediakan pakej laman web dengan harga yang berpatutan serta 100% Jaminan Kepuasan! Kami menawarkan laman web yang berkualiti tinggi dan pembangunannya yang sangat bersesuaian dengan anda. Setiap rekaan laman web kami adalah unik dan disesuaikan dengan keperluan anda. Kami yakin bahawa kami mempunyai penyelesaian rekaan web yang sesuai untuk anda!

Kami mengikuti standard piawaian web yang moden dan boleh diakses berdasarkan nasihat untuk menawarkan pembangunan web sebagai sebuah perkhidmatan yang lengkap. Pasukan kami terdiri daripada pemaju dan pereka web yang sangat cemerlang, yang sentiasa bekerja dengan teratur untuk memastikan bahawa setiap projek menyokong matlamat pengalaman utama mereka. Kami tidak membezakan antara platform pembangunan web dan penggunaan bahasa yang berbeza.

Jangan ragu-ragu untuk melihat pelbagai pilihan template-template laman web kami yang disediakan untuk anda pilih mengikut kesesuaian keperluan dan citarasa anda.

APLIKASI WEB

TechBase Solution Sdn. Bhd. membangunkan aplikasi Web dan perisian yang khusus di pelbagai platform teknologi untuk memastikan kejayaan pelaksanaan strategi perniagaan anda serta meningkatkan kecemerlangan operasi anda.Oleh sebab setiap pelanggan menghadapi cabaran perniagaan yang unik, pasukan pembangunan aplikasi web kami bermula dengan mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang objektif dan bekerjasama rapat dengan anda untuk mendapatkan penyelesaian serta direka dengan pantas, sebelum dibangunkan, diuji dan dilaksanakan. Bagi pihak kumpulan TechBase Solution, setiap projek adalah misi kritikal dan mesti dihantar – tepat pada masanya dan dalam linkungan belanjawan.

Kami di TechBase Solution memahami bahawa pembangunan aplikasi Web yang khusus bukan merupakan satu tugasan yang akan selesai terus pada kali pertama. Kami menggunakan teknologi yang canggih supaya jangka hayat keperluan berasaskan-aplikasi Web dan penyelesaian teknologi boleh bertahan lebih lama dan berkembang dengan perniagaan anda. Ia hanya perlukan penyelenggaraan/sokongan minimum dan akan menjana nilai perniagaan anda supaya kami kekal sebagai rakan kongsi pilihan anda untuk pembangunan aplikasi Web khas dan langkah tindakan perniagaan yang bijak.

PEMBANGUNAN WEB DINAMIK

Sebuah laman web dinamik menggunakan teknik pengaturcaraan dengan sokongan pangkalan data selain daripada susun atur laman web untuk menyediakan bukan sahaja persembahan kandungan anda secara statik malah juga untuk membuat hubungan yang bermakna dengan data.

Internet berfungsi untuk setiap minit dan jam, bukan sekadar hari, minggu atau bulan. Orang ramai ingin mencari maklumat yang terkini, maka kandungan laman web anda perlu sentiasa dikemaskini untuk membuatkan pengunjung anda sentiasa datang kembali ke laman web anda.

Dengan TechBase Solution anda boleh:

  • Mengemaskini laman web anda dari mana-mana komputer dengan akses Internet tanpa sebarang yuran penyelenggaraan.
  • Meletakkan pesanan di tangan orang-orang yang paling mahir mengenainya.
  • Membuat dan menguruskan laman web anda tanpa perlu mempunyai pengetahuan tentang pengaturcaraan HTML.
  • Dapat mengemaskini "window dressing" atau laman web anda untuk menyelaraskannya dengan promosi pemasaran anda yang lain.
  • Sunting isi kandungan laman web seperti mana yang anda boleh lakukan di dalam Microsoft Word®
  • Dapatkan lebih banyak elemen pada laman web anda dengan memblog, menganalisis, undian & kaji selidik, navigasi maklumat bersiri dan sokongan berbilang bahasa.
  • Mendapat kelebihan dari jutaan modul pembangunan yang dicipta untuk sistem kami.
  • Mendapat jaminan bahawa Industri Gergasi, (iaitu. Microsoft) menyokong produk teras kami.
  • Beri kepercayaan kepada pasukan pemasaran, kreatif & teknikal profesional TechBase Solution untuk membantu anda membina sebuah laman web yang unik dan mudah untuk diuruskan.
SISTEM PENGURUSAN KANDUNGAN (CMS)

Sistem Pengurusan Kandungan (CMS) membolehkan anda untuk mengekalkan dan menguruskan kandungan laman web anda dan apa yang lebih penting, ia boleh menentukan siapakah yang boleh mengaksesnya. CMS boleh digunakan untuk mengurus dan mengawal koleksi dinamik bahan Web. Ia membantu dalam pengawalan dokumen, pengauditan, suntingan, dan pengurusan garis masa. Oleh itu, ia meningkatkan penyelenggaraan dan kecekapan pengurusan kandungan web.

Kebolehan CMS:

Template Automatik

Kandungan yang mudah disunting

Set ciri-ciri ciri yang berskala

Naik taraf piawaian web

Pengurusan Aliran Kerja

Delegasi

Pengurusan Dokumen

Virtualisasi Kandungan

E-commerce

Laman web e-Commerce kami direka khas untuk memberi kesan dan menjual produk anda terus dari laman web anda. Dari sudut pandangan pengguna, laman e-Commerce perlu mempunyai rekaan yang baik, mudah untuk dikendalikan, dan berkesan untuk digunakan. Di bawah satu bumbung, anda memerlukan nilai kesenian, sistem troli membeli-belah yang khusus untuk menjadikan pengalaman membeli-belah untuk produk syarikat anda mudah dan menyeronokkan. Kesemua laman e-Commerce yang kami bangunkan mempunyai keupayaan untuk menerima bayaran secara kad kredit dengan selamat dan mengendalikan pelbagai kaedah penghantaran.

Kami menawarkan penyelesaian e-dagang yang boleh terus digunakan dengan kata lain membolehkan anda untuk terus menjual produk atau perkhidmatan anda melalui laman web anda. Setiap e-store direka khas bersesuaian dengan anda serta pelanggan anda.

Ciri-cirinya termasuklah:

Katalog produk berpangkalan data

Troli membeli-belah yang khusus

Pengiraan cukai dan kos penghantaran yang khusus

Kemas kini inventori pada masa nyata

Pengesahan kad kredit dengan masa-SSL

Pemberitahuan e-mel

Pentadbiran berasaskan web

REKAAN SEMULA LAMAN WEB

Sedang pertimbangkan untuk mereka semula laman web anda? Berikut adalah senarai persoalan untuk diajukan kepada diri anda ketika menilai rekaan web anda. Adakah rekaan laman web tersebut tampak menarik? Adakah laman web anda dapat menarik perhatian pengunjung anda?

1. Adakah laman web anda tampak menarik kepada pengunjung anda yang membuatkan mereka kekal melawat; adakah mereka membeli?

2. Adakah laman web anda kelihatan profesional?

3. Adakah anda meletakkan imej yang mencerminkan perniagaan anda?  

4. Adakah laman web anda memuat dengan sangat perlahan?

5. Adakah laman web anda sukar untuk dikendalikan?

6. Adakah maklumat yang pengunjung anda sedang mencari mudah untuk didapati?

7. Adakah grafik anda sudah ketinggalan zaman, perlukan pengoptimuman untuk memuat dengan lebih cepat?

8. Adakah laman web anda mesra pengguna?

9. Adakah enjin carian laman web anda telah dioptimumkan? 

10. Adakah laman web anda mengeluarkan hasil seperti yang dijangka?

Laman web anda kebiasaannya adalah cara yang pertama dan hanyalah satu-satunya cara untuk memberi kesan kepada pelanggan-pelanggan serta potensi pelanggan baru anda. TechBase Solution pakar dalam "meningkatkan imej" dan perkhidmatan kami dalam mereka semula laman web akan memberi manfaat buat anda. Kami akan mereka semula laman web anda, mungkin juga bermula dari bawah untuk mencapai aspek kesenian yang berkesan dengan wujudnya laman web anda.

PENYELENGGARAAN & PERKHIDMATAN LAMAN WEB

Penyelenggaraan web dan perkhidmatan pengurusan TechBase Solution melindungi laman web dan pelaburan anda dengan kehadiran web anda secara pengoptimuman laman web yang berterusan. Di samping itu, kami terus-menerus memenuhi keperluan anda, untuk kedua-duanya bagi jangka masa pendek dan masa panjang laman web serta dari segi teknikal dan kandungan yang bagus.

Penyelenggaraan laman web TechBase Solution melibatkan:

1. Memastikan laman web anda sentiasa dikemaskini

2. Mengekalkan & menguruskan laman web anda

3. Memberikan jaminan keselamatan & Melindungi laman web anda

4. Menstruktur semula kandungan laman web anda

TEMPLATE LAMAN WEB

Kami mempunyai koleksi pelbagai Template Laman Web, Template E-Commerce, Template CMS, Template Flash, Template Identiti Korporat dan banyak lagi.

Anda boleh melihat dan mendapatkan lebih banyak template di sini.